Monday, May 27, 2013

Sinopsis Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu . . Karya Siti Rosmizah
Novel yg paling Laris dipasaran . .
Dapatkan skrg . .
Harga S.Malaysia : RM26.90
Harga    S/S        : RM29.90

Sinopsis Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya . .

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang seorang bapa Tengku Aqilah akur jua . .

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagian dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

No comments:

Post a Comment