Wednesday, May 29, 2013

Lirik Lagu Disaat Kami Memerlukanmu

Guruku tercinta
Guruku tersayang
Kami telah melukai hatimu
Kerana tidak belajar sepenuh hati
Malah kami tidak dengar nasihatmu


Aku gagal lagi
Aku gagal lagi
Kerana tidak dapat jawap periksa
Tak ada jawapan sempurna yang ku beri
Disaat ingatan ku dahagakan ilmu


Kami .. inginkan dirimu 
Datang dan restui kami
Tunjuk.. ajarkanlah kami
Kami sangat memerlukan dirimu


Guru .. maafkanlah kami
Kami buat guru marah
Kami .. takkan buat lagi
Asal kami berjaya


Semoga kamikan mengerti
Tentang pelajaran ini
Buat yang paling terbaik
Akan kami berjaya


Guru .. ampuni dosaku
Halal ilmu yang diberi
Buat yang paling terbaik
Akan kami berjaya

                              


~ Ismi Renie ~

Monday, May 27, 2013

Sinopsis Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu . . Karya Siti Rosmizah
Novel yg paling Laris dipasaran . .
Dapatkan skrg . .
Harga S.Malaysia : RM26.90
Harga    S/S        : RM29.90

Sinopsis Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya . .

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisyam, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih sayang seorang bapa Tengku Aqilah akur jua . .

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagian dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebencian Tengku Ryan Ameer pada dirinya?

Free Palestine

Puisi Bebaskan Bumi Palestine (Free Palestine Now)

Tiada lagi kata untuk dilafazkan,
Tiada lagi air mata untuk dititiskan,
Suara tangisan dan rayuan menjadi halwa telinga,
Tapi semuanya disambut dengan nilai tawa.

Dimanakah silapnya?
Mereka tidak ingin intan permata,
Tapi sekadar ingin bergurau dan bergelak ketawa,
Mereka yang seharusnya dilimpahi kasih sayang,
Tetapi saban hari dilimpahi lumuran darah.

Tiada istilah bermain dan bersuka ria,
Hanya mengangkat senjata dan memuntahkan pelurunya,
Bulan kini dicemari dengan contengan darah,
Menandakan keganasan sedang bermaharaja lela.

Tidak ramai yang berani tampil ke hadapan,
Dan memberi bantuan,
Kerana nyawa adalah taruhan,
Hanya doa dan sumbangan dapat ku titipkan,
Agar mereka dapat mencapai keamanan . .

Nukilan
~ Ismi Renie ~